ANGKASA BANTU PROMOSI VANILLA
SASAR EDAR 2,000 KOTAK PRODUK VANILLA SEBULAN
TEMERLOH: Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) sedia menjalinkan kerjasama rapat dengan Koperasi Vanilla Berhad bagi membantu memperluaskan lagi pasaran produk berasaskan vanilla di negara ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, antara produk boleh diketengahkan ialah aiskrim berperisa vanilla asli yang mempunyai potensi sangat besar dan memiliki peluang pasaran yang sangat baik.
“Usahasama ini kita akan muktamadkan dalam masa terdekat.. ANGKASA juga melihat bahawa produk vanilla ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk jangka panjang kerana kesesuian tanaman ini ditanam di kawasan beriklim Khatulistiwa.
“Saya difahamkan tanaman ini masih baru di Malaysia.. sebelum ini, kebanyakan bekalan vanilla di pasaran dunia datangnya dari Brazil, Madagascar dan Indonesia.. jadi, ini adalah peluang yang harus diteroka pengusaha tempatan kerana pulangannya juga sangat lumayan.
“Kita akan tengok bentuk kerjasama lain boleh dilaksanakan dengan ahli Koperasi Vanilla Berhad yang ketika ini mempunyai kira-kira 300 ahli di seluruh negara,” katanya ketika ditemui selepas…
Abdul Fattah berkata, selain membantu daripada aspek pemasaran, ANGKASA juga boleh menawarkan perkhidmatan kursus dan rundingan perniagaan kepada ahli Koperasi Vanilla Berhad yang berminat untuk meneroka peluang pemasaran di peringkat luar negara.
“Saya juga ingin menjemput lebih ramai pengusaha vanilla yang belum menjadi ahli koperasi (Koperasi Vanilla Berhad) untuk mendaftar (sebagai ahli) bagi memudahkan proses mendapatkan anak benih, khidmat nasihat berkaitan tanaman vanilla dan pelbagai lagi kemudahan lain.
“Buat masa ini, dengan jumlah tanaman vanilla yang ada di dalam negara, kita sasarkan untuk mengedarkan sekurang-kurangnya 2,000 kotak atau pek aiskrim berperisa vanilla asli setiap bulan, bermula tahun hadapan.. proses penghantaran dan pemasaran ini kita (ANGKASA) akan bantu dengan kerjasama Koperasi Vanilla Berhad,” katanya.