SESI PERSEKOLAHAN 2020 BERAKHIR
SESI PERSEKOLAHAN 2020 BERAKHIR
SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA DITUTUP BERMULA ESOK
PUTRAJAYA: Semua sekolah kumpulan A dan Kumpulan B ditutup bermula esok sehingga 17 Disember dan 18 Disember ini.
Pengumuman ini juga bermakna sesi persekolahan bagi tahun 2020 berakhir secara rasmi esok.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin dalam sidang media khas sebentar tadi.
“Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 20 Januari 2021.. bagi pelajar yang berada di asrama, mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan dijemput oleh ibu bapa atau penjaga.
“Mengenai tarikh peperiksaan pula.. bagi calon untuk peperiksaan SPM/SVM/STAM, tarikh peperiksaan dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan dan bagi calon STPM pula, peperiksaan akan bermula 8 Mac 2021,” katanya.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman kerajaan semalam mengenai PKPB di seluruh Semenanjung, kecuali di Pahang, Kelantan dan Perlis.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan juga sudah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sebelum membuat keputusan berkenaan.