UTAMAKAN PERALATAN SEKOLAH ANAK-ANAK
BANTUAN KHAS KEWANGAN NAIK KEPADA RM600
KUANTAN: Rata-rata penjawat awam gembira dengan pengumuman yang dibentangkan menerusi Belanjawan
2021 berhubung Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Bagi Samsuryana Saher,40, pengumuman itu memberi khabar gembira buat beliau dan keluarganya walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah, syukur masih ada bonus untuk kakitangan awam, saya pada mulanya redha apabila Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan untuk memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negara dan memerangi COVID-19.
“Namun, selepas Menteri Kewangan mengumumkan untuk memberi bantuan khas kepada kakitangan kerajaan,
saya bersyukur kepada Ilahi. Duit itu nanti dapat juga tambah beli peralatan persekolahan anak nanti,” katanya.
Bagi guru, Roshafiza Abd Latif, beliau bersykur kerana bantuan khas tersebut naik kepada RM600 berbanding
RM500 sebelum ini.
“Terima kasih kepada kerajaan masih membantu rakyat, asbab ini mugkin kita boleh membantu ibu bapa, adik
beradik yang kurang berkemampuan.
“Nilai tidak penting, yang penting niat kita ikhlas,” katanya.
Sementara bagi Mohamad Nadzeri Salleh, 35, berkata, bantuan khas yang diumumkan memberi kelegaan dalam menghadapi tahun 2021 yang semakin mencabar.
“Bantuan ini amat membantu kami penjawat awam menambah sumber pendapatan membeli peralatan
pemberlajaran anak-anak, sekaligus meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.
Semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mengumumkan Bantuan
Khas Kewangan sebanyak RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.
Katanya, kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.