2 JAM HUJAN LEBAT PUNCA BANJIR KILAT
HUJAN LEBAT 2 JAM PUNCA BANJIR KILAT
2 NYARIS DIBAWA ARUS DERAS KETIKA MENINJAU KAWASAN BANJIR KILAT
JERANTUT: Hujan lebat kira-kira dua jam lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di FELDA Jengka 24, di sini, dinaiki air.
Keadaan banjir kilat kali ini turut menyaksikan dua petugas, Alif Rosli dan Ketua Majlis Belia FELDA Malaysia Jengka 24, Nurul Nadiah Ahmad, hampir hanyut dibawa arus deras ketika melakukan tinjauan dan pemeriksaan keadaan penduduk di kawasan terjejas.
.
Kejadian banjir kilat di kawasan tanah rancangan itu dipercayai berpunca daripada masalah saliran yang tidak diselenggara dengan baik.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan FELDA dan pihak berkenaan bagi tindakan susulan.
“Ini adalah kali ke-empat banjir kilat melanda kawasan FELDA Jengka 24 dalam masa tiga bulan.. biasanya kalau hujan lebat berterusan lebih 2 jam, paras air di beberapa kawasan akan meningkat secara mendadak.
“Saya sempat meninjau kawasan terbabit sebaik dimaklumkan mengenai kejadian banjir kilat ini.. mungkin masalah pengairan atau saliran,”katanya.
Beliau turut memaklumkan seorang peneroka nyaris dihanyutkan arus deras ketika menggunakan laluan yang dinaiki air.
“Ketua Majlis Belia FELDA Malaysia Jengka 24, Nurul Nadiah Ahmad yang turut serta melakukan tinjauan juga nyaris hanyut dibawa arus deras banjir kilat,” katanya.
Katanya, penduduk sudah diingatkan supaya bersedia untuk sebarang kemungkinan sekiranya hujan lebat masih berterusan sehingga lewat malam ini.
.
“Saya dimaklumkan pihak JPS sudah meluluskan kerja mendalamkan sungai berhampiran.. kalau boleh, kerja ini perlu disegerakan.. selain itu, kita minta pihak berkaitan mempertimbangkan untuk membina jambatan mini di kawasan ini,” katanya.