SKM MOHON KOPERASI TIDAK DIABAIKAN
KUANTAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mohon kerajaan tidak mengabaikan koperasi dan mempertimbangkan
pemberian dana kepada badan itu, pada pembentangan Belanjawan 2021, esok.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, ia memandangkan koperasi merupakan satu badan yang majoritinya mewakili golongan B-40.
Beliau berharap pembentangan belanjawan nanti berkaitan dalam usaha memulihkan kesan daripada pandemik covid-19.
“SKM sentiasa merancang menjadikan koperasi bukan sahaja sebagai badan yang menjana ekonomi rakyat tetapi sebagai salah satu penggerak ekonomi negara.
Malah, pada peringkat awal negara dilanda covid-19, SKM tidak menerima bantuan daripada kerajaan malah memperluaskan pinjaman kepada koperasi dalam tempoh pandemik covid-19, selain memberi penangguhan bayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada 14 ribu 625 buah koperasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bengkel E–Rahn di sini, hari ini.