ERRA UCAP TAHNIAH KEPADA ERRA
TERIMA PANGGILAN, UCAPAN TAHNIAH DARIPADA RAKAN & PEMINAT
KUALA LUMPUR: Pelakon tersohor tanah air, Erra Fazira menerima banyak panggilan daripada keluarga, rakan dan wartawan bagi mengucapkan tahniah atas pernikahannya hari ini.
Pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu mengakui tergamam menerima ucapan tahniah bertalu-talu, sebelum dimaklumkan sebenarnya yang bernikah adalah wanita lain yang mempunyai nama sama dengannya.
“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi Erra Fazira lain. Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.
Terdahulu pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turun padang melihat proses pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut SOP berkata, beliau pada mulanya terkejut melihat nama Erra Fazira.
Pelakon dan penyanyi berusia 46 itu menambah, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan Erra Fazira dan suami dirahmati Allah SWT.
“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.
“Semoga Erra Fazira dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” katanya.