DI BAWA ARUS 1KM
Berita Kemalangan
MANGSA LEMAS TELAH DITEMUI,MAYAT TERSANGKUT DI POKOK BAKAU
PORT DICKSON: Mangsa lemas yang hilang di bawa arus sejak petang semalam ditemui tersangkut di pokok bakau di pantai Kampung Balak, Pasir Panjang.
Mayat mangsa, Muhammad Azri Abdullah, 25, ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian di Pulau Asam sekitar jam 1.30 petang tadi.
Mangsa meninggalkan isteri, Nurhidayah Tus Salikin Mohd Said, 33, dan dua orang anak berusia satu dan tiga tahun.
Turut hadir, bapa kandung mangsa, T Siva Prakash, 53, dan ibunya Geraldine Shortt, 51, yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Siva Prakash, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik sudah memeluk agama Islam dan sudah berkahwin dan menetap di sini.
“Walaupun kami berlainan agama tetapi hubungan kami tetap baik dan dia kerap menghubungi saya bertanyakan khabar.
“Dulu saya tinggal di Bandar Sunggala, Port Dickson dan berpindah ke Petaling Jaya sejak lima tahun lalu. Kami sedih dengan kejadian ini (lemas),” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menggunakan teknik ‘meranduk’ atau mengharung air ketika air surut.
“Alhamdulillah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa tersangkut di pokok kayu bakau di jumpai oleh orang awam penduduk kampung yang membantu operasi SAR tidak jauh dari lokasi kejadian di pantai nelayan, Kampung Balak.
“Operasi ditamatkan pada jam 2 petang dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Sawah, Bandar Sunggala,” katanya.