PEMANDU LORI NYARIS MAUT
TERBABAS KETIKA CUBA ELAK KERETA
TEMERLOH: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam Sungai Kuala Krau dekat sini, hari ini.![]()
Difahamkan lori dipandu Haikal Denil Amran, 55, terbabas akibat mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta sedang memotong kenderaan lain di atas jambatan berkenaan.![]()
Mangsa yang berasal dari Pulau Pinang mengalami kecederaan patah kaki dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
