MET MALAYSIA KELUARKAN NOTIS TAUFAN GONI
TAUFAN GONI BOLEH CECAH KELAJUAN 213 KM SEJAM
KUALA LUMPUR: Taufan Goni dikesan di kedudukan 815 kilometer (km) ke tenggara Luzon, Filipina, hari ini, bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan boleh mencecah 213 km sejam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi tadi, taufan itu bergerak dengan kelajuan 20 km sejam
Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,571 km ke timur laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun pergerakan taufan Goni tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.
Sumber: BERNAMA