PAK ANDAK TUJUH HARI MENCINTAIMU MENINGGAL
Pak Andak berusia 61 tahun yang dikenali melalui drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya pada jam 2.30 pagi, hari ini.
Pelakon veteran Mohd Idris Mat Diah didapati tidak sedarkan diri oleh anaknya Alia kira-kira jam 2 pagi sebelum menghubungi ambulans.
Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi. Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, petang ini.
Idris merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dengan peranan bapa dan datuk dan memainkan watak dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).