PSG MENANG NYEMAR CEDERA
Berita Sukan
PSG MENANG NYEMAR CEDERA
ISTANBUL: Dua jaringan Moise Kean pada babak kedua memberikan Paris Saint-Germain kemenangan 2-0 berdepan Istanbul Basaksehir dekat Turki ketika kelab dari Perancis itu kembali bangkit dalam Liga Juara-Juara namun Neymar mengalami kecederaan.
Pemain termahal dunia itu dikeluarkan sebelum setengah jam permainan dan terus ke bilik rawatan PSG.
Dia digantikan oleh Pablo Sarabia, namun tanpa pemain Brazil itu, pelawat mencipta kemenangan selepas rehat dalam saingan tanpa insiden tidak diingini di sebalik ketegangan diplomatik antara Turki dan Perancis.
“Ia membabitkan otot ‘adductor’ tetapi saya harap ia bukan kecederaan serius. Dia tidak rasa bagus dan kerana itu dia dikeluarkan,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengenai Neymar.
Bagaimanapun keputusan itu membolehkan PSG, naib juara musim lalu, memulakan rentak dalam Kumpulan H, seminggu selepas mereka tewas 2-1 di laman sendiri kepada Manchester United.
“Ada banyak kecederaan, dan mungkin kini masanya buat kami bertarung, cuba menang perlawanan yang mungkin menjadi perlawanan terhebat dalam sejarah PSG,” kata Tuchel.
“Mungkin kami boleh lakukan lebih baik, tapi ketika ini ia sukar.”
Sumber : AFP