RAYU KEKAL HUTAN SIMPAN JERANTUT
JERANTUT: Penduduk sekitar Kampung Baharu, Kampung Sungai Badak dan Sungai Par merayu kepada kerajaan negeri agar membantu dan menyokong kawasan hutan simpan dekat kampong tersebut dijaga demi kelangsungan alam semula jadi khususnya kawasan tadahan air hujan, spesis flora dan fauna serta habitat haiwan liar.
Pengurus Hartanah Kampung Baharu, Suhaidi Abdul Holid berkata, alam sekitar sangat penting kepada manusia dan saling bergantungan seperti bekalan air terutama dari kawasan bukit yang berperanan sebagai kawasan tadahan air hujan.
“Selain itu aliran air sungai digunakan oleh penduduk kawasan kampong sebagai bekalan air kegunaan harian, penternakan ikan air tawar malah akan menjadi sumber cabang utama kepada sungai,” katanya.
Katanya, penduduk kampung dan penggemar pendakian Bukit Panau merayu kerajaan mengkaji semula kelulusan pembalakan di Compartment 1, , Hutan Simpan Jerantut, Kampung Sungai Badak , Mukim Pedah bagi mengekalkan khazanah alam yang bernilai.
Penduduk Kampung Sungai Badak, Hamrizan Hamad berkata, penduduk kawasan itu agar sentiasa menyayangi kawasan hutan di kawasan Kampung Baharu dan sekitar serta peranannya membekalkan air untuk kegunaan yang kebetulan sangat dekat penempatan mereka.
“Kebanyakan penduduk kampung merayu agar elakkan pembukaan kawasan balak yang bakal memusnahkan sumber air terutama penternakan ikan air tawar dan juga habitat haiwan liar.
“Kawasan hutan ini apabila diganggu menyebabkan haiwan yang mendapat sumber makanan di hutan tersebut akan menceroboh masuk ke kawasan kebun orang kampung mencari makanan.
Katanya, selain itu terdapat burung hijrah yang banyak berterbangan akan singgah di kawasan bukit tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, sekiranya kawasan bukit itu terdapat kegiatan pembalakan bakal menghilangkan keunikan kawasan tersebut.
PENDUDUK MAHU PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN DIHENTIKAN - SAHIH
January 25, 2021 @ 3:14 pm
[…] https://sahih.com.my/rayu-hutan-simpan-jerantut-dikekalkan/#.X5mYkJNrY2A.whatsapp […]