PEMBELA LAPOR POLIS KES HINA YDP AGONG
Berita Nasional
PEMBELA LAPOR POLIS KES HINA YDP AGONG
MARAN: Gabungan Masjid Wilayah Jengka bersama Pembela Pahang membuat laporan polis berhubung satu tulisan melampau menghina Allah SWT dan Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik di laman sosial Facebook menggunakan akaun Ho Ruey Terng, pagi tadi.
Timbalan Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Yunan Abdul Samad berkata, pemilik akaun itu bersikap melampaui dan secara terang-terangan menghina agama dan Institusi pemerintahan tertinggi negara.
Tidak sekadar itu katanya, pengguna akaun itu juga dilihat dengan sengaja melalui tulisannya melontarkan cacian dan makian kepada Allah, sekali gus cuba memancing kemarahan dan sentimen rakyat beragama Islam.
“Jadi saya meminta pihak polis menyiasat di atas kebiadapan dan (sikap) kurang ajar terhadap agama kita, agama Islam… ke atas Yang di-Pertuan Agong… tindakan terbabit adalah tidak wajar memandangkan dia menetap di negara ini yang berbilang bangsa,” katanya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Jengka,Maran,Pahang.
Beliau secara tegas memberi peringatan agar tidak ada mana-mana pihak cuba bermain api dengan mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya sehingga memberi persepsi buruk terhadap institusi Diraja dan agama Islam.