Abdul Fattah bawa suara koperasi Malaysia ke pentas dunia
Abdul Fattah bawa suara koperasi Malaysia ke pentas dunia
PANAMA CITY: Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah menggunakan pentas antarabangsa untuk mengetengahkan perspektif gerakan koperasi Malaysia menjelang pemilihan Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA) bagi penggal 2026 hingga 2030.
Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menghadiri sesi Meet the ICA Candidates for At-Large Director Networking Lunch di Panama Convention Centre, Panama pada 14 September lalu.
Sesi yang dianjurkan bersempena International Cooperative Alliance (ICA) Global Conference and General Assemblies 2026 itu memberi peluang kepada delegasi mengenali calon yang bertanding bagi mengisi kerusi Lembaga Global ICA.
Dalam sesi berkenaan, Abdul Fattah turut beramah mesra dan bertukar pandangan dengan calon lain yang bertanding bagi mengisi 15 kerusi Ahli Lembaga ICA untuk penggal 2026 hingga 2030.
Pertemuan itu turut membuka ruang kepadanya berkongsi pengalaman, mengetengahkan perspektif gerakan koperasi Malaysia selain meneroka peluang kerjasama antara koperasi di peringkat global.
Pemilihan Ahli Lembaga ICA dijadual berlangsung pada 15 September 2026 sempena Perhimpunan Agung ICA.
Abdul Fattah menjadi taruhan Malaysia untuk meneruskan penglibatan negara dalam barisan kepimpinan tertinggi gerakan koperasi dunia bagi penggal baharu.

Turut hadir Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor selaku wakil bersekutu Malaysia dalam ICA; Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Datuk Kamarudin Ismail serta Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan.
Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Halim Ibrahim yang turut menanggung tugas Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran.-SAHIH
#kw Abdul Fattah Abdullah, ANGKASA, ICA, koperasi dunia
