Remaja 17 tahun dilapor hilang, polis mohon orang ramai mengesannya
LIPIS : Remaja lelaki berusia 17 tahun, Muhd Nor Hakimi, dilaporkan hilang dan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaannya.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, remaja berkenaan kali terakhir dilihat kira-kira jam 9 malam dengan memakai baju-T berwarna kuning.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Muhd Nor Hakimi diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-312 1999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu usaha mengesan remaja berkenaan.-SAHIH.
