WANDA lonjak jualan, Bellanies 5 in 1 terus jadi pilihan
WANDA lonjak jualan, Bellanies 5 in 1 terus jadi pilihan
KUANTAN – Program Wanita Digital Anggun (WANDA) anjuran kerajaan Pahang semalam membuka peluang baharu kepada usahawan wanita memanfaatkan platform digital bagi meningkatkan jualan produk masing-masing.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, penyertaannya dalam program itu memberi impak positif apabila sebanyak 50 unit Bellanies Skincare 5 in 1 berjaya dijual hanya melalui sesi siaran langsung selama 30 minit ketika kelas berlangsung.
Katanya, sambutan diterima amat menggalakkan dan membuktikan strategi pemasaran digital mampu membantu usahawan menjana pendapatan secara konsisten.
“Kami pasti boleh. Pelanggan sudah beribu dan pengguna juga berpuas hati dengan keberkesanan Bellanies Skincare 5 in 1.
“Terima kasih kepada kerajaan Pahang yang menganjurkan program seperti ini. Kami harap ia diteruskan lagi selepas ini bagi membantu lebih ramai wanita menguasai kemahiran digital,” katanya.
Menurutnya, Bellanies Skincare 5 in 1 diformulasikan untuk penjagaan wajah secara menyeluruh dalam satu set lengkap, sesuai untuk mereka yang mahu rutin penjagaan kulit yang ringkas dan berkesan.

Beliau berkata, pihaknya kini membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi stokis di setiap negeri di seluruh Malaysia.
“Kami bantu menjana ekonomi secara konsisten kepada semua tanpa mengira latar belakang. Terima kasih juga kepada yang mendaftar sebagai stokis semalam.
“Kepada yang berminat mendapatkan Bellanies Skincare 5 in 1 atau mahu menjadi stokis, boleh terus hubungi www.wasap.my/60199324947� untuk maklumat lanjut,” katanya.
Tambah Rosyatina, sempena Ramadan akan datang, pihaknya turut memperkenalkan set kombo Bellanies Skincare 5 in 1 bersama Rose Coffee, iaitu minuman kopi yang membantu rasa kenyang lebih lama.
“Inisiatif ini diharap dapat membantu wanita bukan sahaja menjaga kecantikan, malah menambah keyakinan diri dan menjana pendapatan sendiri,” katanya.-SAHIH
