Program Santai Ngopi Bellanies Tarik 150 Ejen Baharu
Program Santai Ngopi Bellanies Tarik 150 Ejen Baharu
TEMERLOH – Kira-kira 150 ejen telah berdaftar menyertai rangkaian jualan produk Bellanies susulan penganjuran program santai “Ngopi” yang berlangsung di Kesuma Cafe di sini, semalam.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, program berkenaan berjalan lancar dengan kehadiran ejen-ejen dari Bentong dan Temerloh yang hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai peluang keagenan serta produk yang ditawarkan.
Menurutnya, program itu turut menjadi platform memperkenalkan ejen-ejen baharu selain mengukuhkan rangkaian jualan sedia ada di sekitar Pahang.
“Program santai ini memberi ruang kepada bakal ejen untuk lebih mengenali produk Bellanies serta memahami sistem keagenan yang kami tawarkan.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, bagi kawasan Bentong, orang ramai yang berminat boleh menghubungi wakil ejen dikenali sebagai Kak Nor Cendol, melalui nombor telefon yang telah disediakan dalam hebahan rasmi.
Dalam pada itu, Rosyatina menjelaskan bahawa produk Bellanies mungkin tidak sepopular produk artis yang mudah laris di pasaran, namun ia dihasilkan oleh kilang berpengalaman yang turut memformulasi produk-produk selebriti terkenal.
“Untuk makluman, produk Bellanies dikeluarkan oleh AD Mutiara Idaman Sdn Bhd, sebuah kilang yang turut menghasilkan produk artis. Justeru, orang ramai tidak perlu ragu untuk mencuba kerana kualitinya diyakini,” katanya.

Tambahnya, pihaknya optimis rangkaian ejen Bellanies akan terus berkembang dan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan tempatan menjana pendapatan melalui platform keagenan yang disediakan.-SAHIH
