Ngopi Sambil Jana Rezeki, Bellanies Perkukuh Rangkaian Ejen
Ngopi Sambil Jana Rezeki, Bellanies Perkukuh Rangkaian Ejen
TEMERLOH : Program santai ‘ngopi’ anjuran Bellanies yang berlangsung di Kesuma Cafe malam tadi berjalan lancar dengan pengenalan beberapa ejen baharu dari sekitar Bentong, Temerloh, Raub dan Kuala Lumpur.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, berkata program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan dan ejen selain memberi pendedahan lebih dekat mengenai produk serta peluang keusahawanan kepada komuniti setempat.
Menurutnya, antara ejen yang diperkenalkan termasuk Kak Nor bagi kawasan Bentong, Norhayati Hashim bagi kawasan Raub, Siti Marhaini dan Kakak Mas bagi kawasan Temerloh, selain Datin Norissa yang mewakili Kuala Lumpur.
“Program ini memberi peluang kepada bakal ejen dan pelanggan untuk bertemu secara santai, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat terus mengenai produk Bellanies dan peluang menjadi ejen,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa stokis utama Bellanies bagi daerah Temerloh kini beroperasi di Bazaar Lurah Semantan melalui pejabat Kelab Usahawan Desa Daerah Temerloh bagi memudahkan urusan pengambilan stok dan sokongan kepada ejen tempatan. Selain itu, Mastura Abdul Malik turut diperkenalkan sebagai antara ejen yang akan memperkukuh rangkaian Bellanies di kawasan sekitar.
Rosyatina berkata, walaupun produk Bellanies bukanlah produk artis yang popular dan terus habis terjual di pasaran, namun kualiti produk tetap diberi keutamaan kerana ia dikeluarkan oleh kilang yang turut memformulasikan produk untuk jenama artis terkenal.
“Produk Bellanies diformulasikan oleh kilang yang sama yang menghasilkan produk-produk artis. Justeru, pengguna tidak perlu bimbang untuk mencuba kerana kualiti dan keselamatan produk sentiasa dititikberatkan,” katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk mencuba produk Bellanies dan menyertai rangkaian ejen dengan niat mencari rezeki secara sah dan berkat.
Dalam pada itu, Rosyatina memaklumkan pihaknya akan meneruskan siri promosi dan pertemuan bersama ejen menerusi Program Wanda yang dijadualkan berlangsung di Kuantan pada 12 Februari ini.

“Program seperti ini penting untuk memperkukuh jaringan ejen, selain membantu memperkenalkan Bellanies kepada lebih ramai pengguna di Pahang dan kawasan sekitarnya,” katanya.-SAHIH
