Bellanies tawar pakej stokis, insentif emas 916
Bellanies tawar pakej stokis, insentif emas 916
TEMERLOH – Bellanies Skin Care, produk keluaran AD Mutiara Idaman Sdn Bhd, menawarkan Pakej 1 (lima karton) kepada individu yang berminat menjadi stokis, dengan tawaran gold bar atau emas 916 sebagai insentif, sempena program promosi di Kuantan dan Temerloh.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, berkata pakej itu membabitkan pembelian lima karton, dengan setiap karton mengandungi 24 kotak produk.
Menurutnya, harga seunit ditetapkan pada RM75, menjadikan anggaran modal keseluruhan sebanyak RM9,000.
“Pakej lima karton ini layak menerima gold bar atau emas 916, dengan berat emas bergantung kepada kategori dan jumlah stok yang didaftarkan.
“Tawaran ini diberikan kepada stokis yang mendaftar sepanjang program promosi yang dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, pakej itu sesuai untuk usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan bersama Bellanies dengan modal sederhana, selain peluang menikmati pelbagai insentif yang disediakan syarikat.

Pakej kedua (10 karton)
Rosyatina berkata, Bellanies turut menawarkan Pakej 2 membabitkan pembelian 10 karton, dengan setiap karton mengandungi 24 kotak produk pada harga RM70 seunit.
Menurutnya, anggaran nilai keseluruhan pakej itu adalah sebanyak RM16,800.
“Pakej 10 karton ini turut layak menerima emas 916 serta pakej percutian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
“Tawaran ini juga khas kepada stokis yang mendaftar sepanjang program promosi berlangsung,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pihak syarikat turut menyediakan jaminan wang dikembalikan sekiranya pengguna tidak serasi dengan produk Bellanies.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej Bellanies boleh menghubungi Kak Rose di 019-932 4947.-SAHIH
