GURU REBAH KETIKA BERBASIKAL
Pasir Puteh – Seorang guru rebah ketika berkayuh basikal bersama pasukannya dan meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, arwah dipercayai terkena serangan jantung kira-kira jam 12.30 tengah hari, hari ini.
Guru yang maut itu mengajar di Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu, Md Razi Daud, 57 tahun yang aktif berkayuh basikal setiap hujung minggu bersama pasukan Kayuhan SIC telah diberi bantuan awal oleh rakan pasukannya dan dikejarkan serta merta dengan sebuah kereta awam
Rakan pasukannya, Mohd Zulfakar Che Mahmud berkata, pasukannya bertolak dari Malawi pada jam 8.15 pagi dan sampai ke Kuala Besut sejauh 30 kilometer, pada jam 10.30 pagi secara santai.
“Kami berehat setiba di Kuala Besut dan pada jam 11.30 pagi, kami bergerak balik ke Melawi, kira-kira satu kilometer dari Tok Bali, arwah telah rebah dan kami membantu untuk memberi bantuan awal kecemasan.
“Oleh kerana melihatnya keadaannya yang agak membimbangkan, kami menahan sebuah kereta awam yang melalui jalan itu untuk dihantar ke hospital,”katanya.
Katanya, ketika memberi bantuan awal kecemasan, keadaannya agak membimbangkan dengan nafas yang terputus-putus dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Kami sering berbasikal hampir setiap hujung minggu sekiranya semua ada kelapangan dan jarak pada pagi ini bukan kali pertama kami lakukan .
Md Razi (tengah)
“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang turut membantu serta pemandu yang sudi membawa arwah ke hospital, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunut Payong, Kota Bharu, malam ini, ”katanya.
#sahih
#yangpastisahih