KHABIB MINTA NASIHAT RONALDO
Berita Sukan/ Global
KHABIB MINTA NASIHAT RONALDO
ABU DHABI: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia meminta pandangan Cristiano Ronaldo tentang kunci kejayaan sebagai ahli sukan elit dan mengakui lebih meminati bola sepak berbanding UFC.
Atlet 32 tahun Russia yang belum pernah tewas itu, kini di puncak karier MMA tetapi pernah meminta nasihat daripada bintang bola sepak Portugal dan Juventus itu berkenaan kehidupan sebagai atlet hebat.
The Eagle kembali ke gelanggang oktagon buat pertama kali selepas 13 bulan untuk mempertahankan gelaran lightweight menentang atlet Amerika Syarikat Justin Gaethje di UFC 254 hari ini.
“Ketika bertemu Cristiano, saya mempunyai banyak soalan untuk diajukan. Saya ingin tahu bagaimanana dia mampu mengekalkan keazamannya menjadi yang terbaik untuk 17 tahun berturut-berturut.
“Sejak tahun 2003 dia berada di tahap tertinggi dan setiap kali di akhir musim dia berada dalam kelompok 10 pemain terbaik.
“Dia juga menjadi pemain terbaik untuk tujuh atau lapan tahun berturut-turut di Eropah dan dunia. Dia memenangi Bola Emas lima kali, memenangi Liga Juara-Juara lima kali.
“Dia memenangi segalanya ketika bersama Manchester United dan Real Madrid. Dua liga bola sepak kelas dunia. Dia memenangi semuanya.
“Saya terfikir bagaimana dia melakukannya. Daripada pemahaman saya, tenaga dalamannya, keazaman, semangat, disiplin, teknik pemulihan, latihan, pemakanan – dia menggabungkan semuanya,” kata Khabib.
Ronaldo juga turut menghormati Khabib yang diharapkan akan menewaskan Gaethje pada pertembungan hari ini.
Sumber: AFP