Penyanyi Dangdut Zaleha Hamid meninggal dunia
Foto : Allahyarhamah Zaleha Hamid
Penyanyi Dangdut Zaleha Hamid meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut terkenal era 1980-an, Zaleha Hamid, telah meninggal dunia pada usia 65 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada jam 8.30 malam tadi.
Berita pemergian penyanyi lagu popular Dangdut Reggae itu disahkan oleh suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz.
Menurut beliau, Allahyarhamah telah dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Awal pagi, keadaan arwah masih okay, tetapi mula mengalami sesak nafas sebelah petang… Saya sempat mengajar arwah mengucap,” katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa urusan pengebumian masih belum diputuskan, dan jenazah kini berada di unit forensik hospital berkenaan.
Sebelum ini, pada awal bulan, keadaan kesihatan Zaleha dilaporkan merosot akibat kandungan kalsium berlebihan dalam otak, yang menyebabkan kekejangan. Ia dikatakan mirip dengan serangan angin ahmar yang pertama kali dialaminya pada 2019.-SAHIH.