Pemimpin Pelbagai Parti Meriahkan Jamuan Raya UMNO Bentong
Pemimpin Pelbagai Parti Meriahkan Jamuan Raya UMNO Bentong
BENTONG– Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong berlangsung meriah semalam dengan kehadiran pelbagai pemimpin politik serta masyarakat pelbagai kaum di daerah ini.
Majlis yang berlangsung penuh harmoni itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, tokoh politik yang disegani serta bekas Menteri Besar Pahang.
Turut hadir memeriahkan acara ialah YB Dato’ Amizar Abu Adam, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang, serta YB Puan Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong, yang menunjukkan semangat perpaduan merentas parti politik.
Antara barisan kepimpinan tempatan yang hadir termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, YH Dato’ Hazraf Ali Hassan, ADUN Sabai, YB Cikgu Aru, serta Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YB Haris Salleh.
Majlis turut disertai barisan sayap UMNO iaitu Ketua Wanita Bahagian, YH Roslin Abdul Rahman, Ketua Pemuda, Saudara Cikgu Fifi, dan Ketua Puteri, Cik Radziy Atun. Tidak ketinggalan, Pegawai Daerah Bentong, YH Dato’ Haji Mohammad Shahid bin Ismail, serta Ketua Polis Daerah, Zaiham Mohd Kahar, turut hadir bagi memeriahkan sambutan.
Menariknya, majlis itu juga menerima kehadiran pemimpin parti lain termasuk Ketua Bahagian MCA, YH Dato’ Kang Meng Fuat, wakil MIC Dr. Jayendran Jayaraman, serta Ketua AMANAH Bentong, Saudara Ahmed Wafiuddin, sekali gus mencerminkan semangat muhibah dan kebersamaan dalam meraikan Syawal.
Majlis yang berlangsung dalam suasana ceria itu turut dihadiri oleh masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan kaum dan agama, menjadikannya simbolik kepada perpaduan rakyat Malaysia.-SAHIH