Pengembala lelaki OKU yang hilang ditemui
Pengembala lelaki OKU yang hilang ditemui
RAUB – Seorang pengembala lembu Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.30 petang semalam.
Mangsa, Zulkifli bin Ramli, umur 44 tahun, telah dijumpai dalam keadaan lemah dengan luka-luka kecil pada badan serta berkaki ayam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa ditemui dalam lingkungan 2.2 kilometer (km) dari rumah mangsa ke lokasi dijumpai, dan telah dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
“Mangsa lelaki, seorang OKU lembam dan kali terakhir dilihat ketika sedang mengeluarkan lembu dari kandang untuk dibawa ke padang ragut di kawasan ladang sawit berhampiran pada jam 10.00 pagi, Rabu lalu.
“Pasukan SAR terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub dan mendapat sokongan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal,” katanya.
Katanya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan SAR yng berusaha mencri mangsa sehingga ditemui,” katanya.- SAHIH.