Tanah runtuh, dua laluan sudah dibuka di Genting Highlands
Tanah runtuh, dua laluan sudah dibuka di Genting Highlands
BENTONG: Dua laluan di pusat peranginan Genting Highlands dibuka semula pada pukul 2 petang ini, berikutan kejadian tanah runtuh awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Balai Polis Genting Highlands. menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.47 pagi hari ini berikutan tanah runtuh menghalang laluan, iaitu Jalan Amber. Court dan Jalan Ion Delemen di pusat peranginan tersebut.
“Akibat kejadian tersebut laluan terhalang dan tidak dapat dilalui kenderaan dari kedua-dua arah. Polis mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda yang dilaporkan. katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
“Kerja pembersihan laluan telah dilakukan menggunakan jentolak dan selesai sepenuhnya kira-kira jam 2 petang ini dan boleh dilalui kenderaan, ” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Katanya, pihak berkuasa dan keselamatan Genting Highlands akan terus memantau lokasi dan pengguna laluan ini dinasihatkan berwaspada.
“Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan kejadian yang tidak benar di lokasi tersebut.
“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya.-SAHIH..