CORETAN UNTUK KITA RENUNGKAN
CORETAN UNTUK KITA RENUNGKAN
DURIAN PAHANG YANG SEDAP DAN MAHAL
- Memang sedap dan berbaloi.
- Musang King boleh cecah RM 120 sebiji. Duri hitam pun sama.
- Tauke kebun durian senyum lebar. Eleh berapa kerat tauke kebun durian orang kita punya? Tahu maksud orang kita? Tak tahu sudah, pakai topeng dan duduk rumah!
- Bukan pelik pun orang kita tertinggal dalam banyak bidang. Durian ini sudah beribu tahun wujud di Pahang. Akhirnya orang kita kena beli durian mahal di tanah air sendiri.
- Kenapa dan mengapa durian jadi mencanak harganya. Cara pemasaran, pemasaran dan pemasaran. Bab lain nombor 13.
- Kenapa dan mengapa orang kita tidak dapat kuasai pasaran durian di negeri sendiri. Negeri aku, saya, kas, kawan, koi, awokme dan deme.
- Apa puncanya, yang pasti bukan salah cik corona 19, 20 dan 21.
- Siapa yang kena jawab dan ambik tanggungjawab? Kerajaan? Pekebun? Makcik Kiah? Pakcik Kordi?
- Apa cadangan dan saranan supaya ramai orang kita terlibat di dalam industri bernilai tinggi. Durian salah satu darinya.
- Mesti ada caranya bukan? Ada kaedahnya tetapi tidak sesuai tulis di sini. Kalau tulis buat bengkak jari je.
Sumber: Facebook Isma Nazom bin Abdul Hamid