Kakitangan Perhilitan maut, pesara polis wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan.
Kakitangan Perhilitan maut, pesara polis wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan.
TEMERLOH : Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Tahan, Jerantut meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di KM20 Jalan Temerloh – Jerantut pada jam 1.36 tengah hari, semalam.
Pemandu lelaki tersebut meninggal dunia di tempat kejadian itu, berusia 33 tahun dan tinggal di Rumah Kakitangan Perhilitan, Jerantut.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa yang maut memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Temerloh ke Jerantut.
“Manakala, sebuah lagi kenderaan jenis Proton X70 dipandu oleh seorang pesara polis wanita berusia 64 tahun yang datang dari laluan bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan Proton X70 gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, pemandu wanita itu beralamat di Kampung Baru Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh mengalami kecederaan tulang pinggul dan peha sebelah kanan dan dirawat di Zon Kuning di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, “ katanya hari ini.-SAHIH.