TRAGEDI BUNGA TERATAI
Berita Kemalangan
TRAGEDI BUNGA TERATAI
SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51, ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi selepas dikatakan terjatuh tasik berkenaan.
Katanya, panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah carian di permukaan (surface searching) dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar,” katanya hari ini.