Kerajaan Pahang komited terus bantu rakyat
Kerajaan Pahang komited terus bantu rakyat
BENTONG – Kerajaan Pahang akan meneruskan tradisi membela dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, sudah menjadi amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri mengambil berat mengenai keperluan rakyat demi kesejahteraan mereka.
“Setiap permasalahan dan aduan diterima daripada rakyat sentiasa diberi perhatian.
“Sebagai kerajaan yang prihatin dan menekankan kebajikan rakyat, sudah menjadi kemestian untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang berdepan kesukaran,” katanya.
Amizar selaku ADUN Pelangai juga memberi jaminan akan aentiasa menghulurkan bantuan mengikut kemampuannya.
Katanya, selain memberikan bantuan, kerajaan Pahang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengambil berat dalam semua isu dibangkitkan rakyat.
“Semua bantuan dan sumbangan akan terus disalurkan melalui Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima.
“Antara penerima adalah mereka yang aktif dalam aktiviti NGO, memerlukan bantuan pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi,” ujarnya. – SAHIH