Menara Eiffel ikon Perancis
Menara Eiffel ikon Perancis
Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.
Menara besi ini adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Ia dinamakan sempena perancangnya, Gustave Eiffel, yang mengetuai syarikat membinanya dari 1887 hingga 1889.
Pelancong dari Malaysia berkunjung ke Menara Eiffel, Paris.
Menara ini bertapak segi empat sama berukuran 125 meter (410 kaki) pada setiap sisi dan memiliki ketinggian 330 meter dan di atasnya terdapat antenna televisyen setinggi 24 meter yang ditambah tahun 1957.
Bangunan ikonik ini merupakan struktur pertama di dunia untuk melepasi kedua-dua tanda ketinggian 200 meter dan 300 meter bahkan juga mengatasi Monumen Washington sebagai binaan buatan manusia tertinggi di dunia sezamannya selama 41 tahun sehingga Bangunan Chrysler di Bandar Raya New York siap pada tahun 1930.
Seni binaan ini kerap dilawati dan dikenakan yuran masuk dan pada tahun 2005 seramai 6.4 juta orang telah melawatnya. Pada tahun 2022 seramai 5.9 juta telah mengunjunginya pada 2005.
Sejarah pembinaan bermula dengan idea membina menara ini mula dibayangkan oleh Maurice Koechlin dan Émile Nouguier, kedua-duanya ialah jurutera kanan Syarikat Tubuh Eiffel sebagai mercu tumpuan utama temasya di Paris yang meraikan ulang tahun ke-100 Revolusi Perancis.
Pada Mei 1884, Koechlin mula membuat lakaran idea pertama yang digambarkan terdiri dari tiang besar, terdiri daripada empat galang kekisi yang berdiri berasingan di pangkalan dan berkumpul di bahagian atas dan disambungkan oleh kekuda logam.
Menara ini bukan sahaja lambang seni jurutera moden, tetapi juga lambang abad Industri dan sains hayat kita yang diterajui gerakan saintifik besar abad kelapan belas serta Revolusi 1789, yang mana monumen ini akan dibina sebagai tanda rasa terima kasih Perancis.
Sumber : https://iluminasi.com/bm/sejarah-pembinaan-menara-eiffel-mercu-tanda-bandar-paris.html