PENGUATKUASA VS PAKCIK JUAL JAGUNG
VIRAL Penguatkuasa vs Pakcik Jual Jagung ..
“Orang Tua Itu Ayah Saya “
Anak pakcik tampil untuk memberi penjelasan setelah viral
Aku tak nak cakap banyak biar video berbicara
Walaupun dia salah tapi dia berniaga tu bukan untuk kaya pun..sekadar untuk sesuap nasi..
Bukannya dia pacak payung pacak khemah ke apa pon..so xperlu perlaku mcm tu.
- Penjelasan daripada anak pakcik siti norfadhilla
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain2 .
Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menggaggu penglihatan ayah saya .
Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap “sampai bila ENGKAU nak berlakon buta ?”
Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati . Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya .
Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu . Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .
Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni .
“Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas keprihatinan ustaz. semoga Allah sahaja membalasnya.”
Sumber – Aman Shah ||