Imam, bilal dan siak terima BKA
Imam, bilal dan siak terima BKA
BENTONG – Seramai 144 imam, bilal dan siak dalam daerah Bentong menerima bantuan khas Aidilfitri (BKA) hari ini.
Sumbangan daripada Kerajaan Pahang itu disampaikan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Masjid Tengku Sulaiman, dekat Ketari.
Amizar berkata, jumlah keseluruhan sumbangan bagi daerah Bentong dan seluruh Pahang adalah RM788,900.
“Sumbangan BKA ini secara jelas menunjukkan Kerajaan Pahang terus menyantuni para pegawai masjid dalam menghargai usaha mereka,” katanya.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang berkata, sumbangan berkenaan adalah antara usaha kerajaan negeri menjadikan masjid sebagai rumah ibadah kepada seluruh umat islam dalam Pahang.- SAHIH