Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan yang pertama di Pahang
Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan yang pertama di Pahang
LIPIS – Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan di sini yang pertama di Pahang menjadi indikator untuk dilaksanakan di seluruh Bazar Ramadan secara berperingkat-peringkat seluruh negeri akan datang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif dengan kerjasama Agrobank itu dalam usaha memperkasakan penjaja-penjaja kecil menguasai perniagaan transaksi tanpa tunai.
Menurutnya, Agrobank telah menganjurkan 19 buah Bazar Ramadan Cashless di seluruh negara termasuk enam Bazar Ramadan membabitkan daerah Temerloh, Lipis, Bentong, Bera, Jerantut dan Sungai Koyan.
“Bazar Ramadan ini yang pertama, Koyan yang pertama lah untuk bazar Ramadan disyorkan kita buatlah atau diminta tengok keadaan sambutan bagus kita akan laksanakan
di Pahang dan akan bekerjasama dengan Agrobank untuk melaksanakan Bazar Ramadan di seluruh negeri pada masa akan datang kerana ternyata memberi kebaikan dalam urusniaga.
“ Pelanggan tidak perlu membawa wang tunai dalam membelanja membeli juadah berbuka puasa tetapi hanya melalui paparan kod QR yang selari norma baharu dunia perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Program Cashless Agrobank – Bazar Ramadan Cashless di Dataran Perniagaan FELDA Sungai Koyan ,Lipis Pahang
.
Tegas Menteri Besar, inisiatif Cashless Bazar Ramadan merupakan platform yang ideal bagi penjaja tempatan untuk menggiatkan penggunaan bayaran digital.
Bazar Ramadan Cashless adalah salah satu langkah proaktif untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga bazar Ramadan kepada transaksi tanpa tunai (cashless) termasuklah kemudahan perkhidmatan DuitNow QR, katanya.-SAHIH