Harga makanan yang logik dan kebersihan semasa di Bazaar Ramadan
Harga makanan yang logik dan kebersihan semasa di Bazaar Ramadan
MARAN- Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam menyeru kepada peniaga untuk memastikan kebersihan dan kualiti makanan di Bazar Ramadan Pahang terjamin.
Selaras dengan pendirian tersebut, Beliau meminta agar peniaga dapat mengenakan harga yang berpatutan dan menyediakan promosi yang beretika kepada pengunjung.
“Kita dapat lihat keseluruhan majlis daerah telah membuka ruang perniagaan mereka, dan saya menasihatkan kepada semua peniaga untuk mengenakan harga yang berpatutan dan juga harga makan yang positif kepada pengguna,” katanya ketika ditemubual.
Beliau juga menekankan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual produk yang kotor atau tidak berkualiti.
“Tindakan akan menanti pada mereka yang jual benda yang kotor bersama. Kita serahkan kepada pihak majlis kerana mereka telah diberikan taklimat dan panduan bagaimana menguruskan bazar Ramadan ini,” tambahnya.
Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan standard kebersihan, pihak berkuasa dari Kerajaan Negeri telah memberikan taklimat lebih awal kepada peniaga serta memberi panduan mengenai penjagaan kebersihan dan penandaan harga yang betul kepada semua pengunjung bazaar Ramadan.
Dengan adanya pendekatan ini, diharapkan Bazar Ramadan menjadi tempat yang bersih, selamat, dan berkualiti untuk semua pengunjung. – SAHIH