Generasi baharu FELDA di Pahang beruntung
Generasi baharu FELDA di Pahang beruntung
Maran – Kerajaan Pahang meluluskan sebanyak 18 kawasan dalam wilayah FELDA sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) untuk generasi baharu FELDA membabitkan tiga Wilayah Felda di negeri ini.
Menteri Besar Pahang. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 10 kawasan berkenaan membabitkan di Mempaga sebanyak 10 kawasan Wilayah Mempaga, dan masing-masing empat Kawasan di Wilayah Jengka dan Kuantan.
Menurutnya, melalui skim ini, generasi baharu FELDA akan berpeluang untuk membina rumah kediaman mereka di atas tanah yang diberi hak milik.
”
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – Menteri Besar PahangPAKEJ KITA HARINI MY ANGKASA YANG TURUT HADIR DIMANA INI MEMBERI PELUANG PADA MEREKA YANG BEKERJA TETAPI TIDAK MEMPUNYAI SLIP GAJI YANG BEKERJA SENDIRI LAH DIMANA AKAN MEMBANTU UNTUK MENGURUSKAN PINJAMAN UNTUK MEREKA MEMILIKI RUMAH ..DAN SAYA SKIM MY ANGKASA SAYA TENGOK TERBAHAGI BEBERAPA SKIM BERMULA 80RIBU SEHINGGA 220RIBU DAN PELUANG KEPADA ANAK ANAK PENEROKA
“
Jelasnya ,kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 20 September 2023 telah bersetuju untuk mengisytiharkan 18 kawasan dalam Tanah Rakyat (STR) untuk generasi baharu FELDA.
” FELDA melalui kerjasama dengan FIC Supply akan menyediakan reka bentuk rumah untuk dibina dan pembiayaan melalui bank juga akan disediakan., ” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 14, di sini hari ini.
Katanya, usaha ini menunjukan komitmen Kerajaan Negeri dan FELDA yang tidak berbelah bahagi dalam menyelesaikan isu keperluan perumahan yang mendesak di dalam kawasan Rancangan FELDA seterusnya menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada generasi baharu.
Wan Rosdy berkata, dalam pada itu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 juta bagi menyiapkan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai di negeri ini.
Dalam masa masa , pada 19 Januari lalu kerajaan negeri telah menyampaikan kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang membabitkan 1,838 peserta, ” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri juga telah menyampaikan suratan hak milik kepada kira-kira 41,000 daripada 43,126 orang peneroka FELDA di negeri ini iaitu lebih kurang 96 peratus.-SAHIH