UMNO Jerantut taja perkhidmatan gunting rambut percuma menjelang sekolah dibuka
UMNO Jerantut taja perkhidmatan gunting rambut percuma menjelang sekolah dibuka
JERANTUT – Kira-kira 250 orang murid sekolah mendapat khidmat daripada enam tukang gunting secara percuma yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Jerantut yang diadakan semalam.
Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, program itu bermula pada jam 10 pagi hingga 4 petang berikutan penggal sekolah akan bermula pada hari Isnin ini.
“Sehari sebelum sekolah dibuka kebetulan ibu bapa dan penjaga turut membeli barang keperluan persekolahan anak masing-masing di bandar ini.
“Saya bersyukur program ini mendapat sambutan menggalakkan dan boleh dianggarkan menjelang petang nanti hampir 250 orang murid sekolah datang untuk mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma,” katanya yang diadakan di Perkarangan Bangunan Umno Bahagian Jerantut di sini.
Katanya, perkhidmatan gunting rambut itu tidak mengehadkan jumlah penyertaan untuk perkhidmatan ini malahan dialu-alukan lebih ramai datang ke sini dalam tempoh masa bergunting yang ditetapkan dengan bantuan enam orang tukang gunting.
“Saya bersyukur program ini mendapat sambutan menggalakkan dan boleh dianggarkan menjelang petang nanti hampir 250 orang kanak-kanak dan remaja bergunting kerana sehingga ini masih ramai yang hadir dan sedang menunggu giliran,” katanya.-SAHIH.