Kongsi rezeki menjelang Ramadan
Kongsi rezeki menjelang Ramadan
JERANTUT – Seramai 10 ibu tunggal, lapan duda dan lapan pesakit kronik menerima sumbangan daripada pihak pengurusan FELDA Jengka 24, dekat sini, hari ini.
Penyampaian sumbangan dilakukan Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.
Razak berkata, sumbangan itu adalah bagi mengurangkan bebanan penerima menjelang bermulanya ibadat puasa, Selasa ini.
“Antara barangan yang diberikan kepada penerima adalah beras, gula, susu, minyak masak, biskut dan kurma.
“Adalah diharapkan dengan sumbangan ini akan dapat melengkapkan lagi bulan Ramadan tahun ini,” katanya.
Dia berkata, program penyampaian sumbangan itu adalah acara tahunan bagi FELDA Jengka 24, selain menyantuni warga peneroka kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan.- SAHIH