Dua buah RXZ dan Ducati Panigale menanti peserta RXZ FIGHTER
Dua buah RXZ dan Ducati Panigale menanti peserta RXZ FIGHTER
KUANTAN – Kira-kira 50,000 peminat permotoran bakal membanjiri RXZ Fighter yang akan diadakan di Serambi Teruntum pada 1 hingga 2 Mac depan.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, program yang julung kali diadakan ini menyediakan pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung.
Menurutnya, event RXZ Fighter julung-julung kalinya diadakan di Kuantan pada 1 dan 2 Mac dan banyak pengisian selain daripada fokus kepada permotoran, kita juga ada program Subuh Warrior, mat-mat motor solat di masjid negeri.
Sebanyak 10,000 t-shirt terawal sudah habis dijual dan kalau kebiasaannya, dan dijangka 40,000 ke 50,000 peserta akan hadir dari seluruh negara,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Elephant Warrior Camp 2024 REVOS2030 yang berlangsung selama empat pada 23 hingga 26 Februari bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Jengka, Pahang.
Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sahaja dapat menghimpunkan ribuan peminat permotoran negara tetapi juga dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dengan peningkatan ekonomi di dalam pelbagai sektor.
Justeru, beliau mengalu-alukan orang ramai khususnya peminat permotoran dari seluruh negara untuk sama-sama memeriahkan program RXZ Fighter nanti.
-SAHIH