Pahang pacu syiar Islam dan Pendidikan tahfiz negara
Pahang pacu syiar Islam dan Pendidikan tahfiz negara
LIPIS: Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM162.5 juta bagi meningkatkan syiar Islam di Pahang tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menurutnya, antara tumpuan diberikan program Pendidikan Tahfiz Al-Quran untuk anak-anak Pahang yang bermula dari peringkat awal persekolahan sehingga ke peringkat Diploma
Menurutnya, perintis program Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang bermula dengan satu cawangan pada tahun 2018 di Pekan kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negeri.
“ Modul pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang digunapakai syalibus di 100 buah Tabika KEMAS di negeri ini malah digunakan di 4,000 Tabika KEMAS seluruh Malaysia.
` Usaha memperkembangkan institusi tahfiz diteruskan dengan menubuhkan Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kita sangat cakna dengan Pendidikan Islam,
katanya.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pecah Tanah Maahad Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Lipis di Kampung Bapong, Lipis hari ini.
Maahad Tahfiz Negeri Pahang bernilai RM15 juta di tapak seluas 4 ekar dapat menampung 150 pelajar menengah dijangka siap April 2026.
Tambah beliau Maahad Tahfiz Negeri Pahang berjaya mengekalkan kedudukan sekolah terbaik di Negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kedudukan ke-4 terbaik di peringkat kebangsaan.
“ Kita menubuhkan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang tahun 2020 hasil kerjasama antara Yayasan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP).
Wan Rosdy berkata, pelajar tahfiz yang cemerlang turut dihantar belajar ke negara Timur Tengah seperti Magribi, Jodan dan lain-lain dalam bidang professional Islam-SAHIH