Biro Sosial Wilayah Jengka ingatkan mangsa banjir ambil langkah awal untuk berpindah
Biro Sosial Wilayah Jengka ingatkan mangsa banjir ambil langkah awal untuk berpindah
Jengka – Ketua Pengarusi Biro Sosial Wilayah Jengka mengingatkan penduduk yang sering menjadi mangsa banjir untuk sentiasa mengambil langkah awal jika diberikan arahan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pengerusi Biro sosial wilayah jengka, Razak Daud berkata, dengan keadaan cuaca dan taburan hujan yang tidak menentu, kemungkinan akan berlakunya banjir pada bila-bila masa sahaja.
Tambahan pula katanya, kini negara berhadapan dengan Monsun Timur Laut (MTL) yang akan bermula pada 5 Januari ini dan berkemungkinan berakhir pada Rabu 9 Januari 2023 ini.
RAZAK DAUD
KETUA PENGARUSI BIRO SOSIAL WILAYAH JENGKA
“Dengan keadaan cuaca dan taburan hujan yang tidak menentu ini akan menimbulkan kebimbangan sekiranya banjir berlaku pada waktu malam.
Menurut lagi musim tengkujuh dah bermula, seperti biasa kita perlu berwaspada bagi menghadapi keadaan ini seperti tahun-tahun lalu.
kita perlu bersiapsiaga dari segi persediaan bekalan makanan, ubat-ubatan dokumen yang penting dan ikut arahan daripada pihak yg berwajib serta berpindah jika perlu berbuat demikian.
Pastikan punca eletrik dalam keadaan selamat dan sentiasa melapurkan kepada Jawatan Kuasa Bencana yang bertugas Jengka masing-masing.
Tambahnya beliau berharap JBPM dan APM dengan usahasama pihak pengurusan bencana di peringkat daerah dan negeri sudah memberikan penerangan dan nasihat kepada penduduk yang sering dilanda banjir supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah.
“Sekiranya ada faktor-faktor lain terutamanya ahli keluarga yang melibatkan kanak-kanak, ibu mengandung serta yang berada dalam keadaan uzur sama ada serius atau tidak, mereka ini wajib berpindah awal mengikut setiap nasihat daripada agensi penyelamat
“Saya berharap di seluruh 37 wilayah jengka khususnya di Jengka 8, Kota Gelanggi 1&2, PPRT dan Sg Tekam di Pahang sudah melakukan persediaan awal dan telah mengenal pasti lokasi kerap berlaku banjir serta dapat bekerjasama dengan agensi lain di peringkat daerah mahupun negeri dalam memastikan masyarakat bersiap sedia bertindak lebih awal sekali gus memudahkan operasi pemindahan yang selamat,” katanya.-SAHIH