Azam 2024, perbaiki diri ke arah lebih baik demi negara, bangsa dan agama
Azam 2024, perbaiki diri ke arah lebih baik demi negara, bangsa dan agama
JERANTUT – Hari ini, adalah hari terakhir tahun 2023 yang akan melabuh tirai menjelang tengah malam ini
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, mengajak semua peneroka di Felda itu bersama-sama perbaiki diri menjadikan salah satu azam bagi merubah diri kepada yang lebih baik dan positif.
“Tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya, jadi hari yang berlalu sepanjang tahun ini pasti meninggalkan kesan dan pengalaman mendalam kepada seluruh umat manusia.
“Paling sedih ialah kedurjanaan Israel Zionis menzalimi umat Islam di negara berdaulat Palestin masih belum berjaya dihalang oleh masyarakat dunia,” katanya.
Seorang lagi peneroka Felda Jengka 24, Zulmi Abd Rahman berharap pengkhabaran mengenai risiko penyebaran kembali wabak Covid-19 pula perlu diambil perhatian oleh semua pihak.
“Kita bersama-sama memastikan penularan kembali penyakit ini dapat dibendung segera demi kesejahteraaan bersama.
“Selain itu, setiap daripada kita pastinya mempunyai perancangan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan dan ia adalah langkah bijak,” katanya.
Peneroka wanita Felda sama, Sapura Mahad berkata, tahun 2023, setiap perancangan pasti ada yang berjaya dilaksanakan dan sebahagiannya tidak membuahkan hasil seperti diharapkan.
“Begitulah buktinya kelemahan perancangan manusia yang sentiasa terbatas dan tidak menentu, manakala takdir dan ketentuan daripada Allah SWT adalah segalanya.
“Selain itu, kita berdoa agar negara, agama dan bangsa Malaysia sentiasa aman dan sejahtera,” katanya.-SAHIH.