Dua beradik terbabit kemalangan, adik maut di Sungai Ular
Foto atas : Dua kenderaaan yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Km30, Jalan Lipis-SUngai Koyan, Lipis
Dua beradik terbabit kemalangan, adik maut
LIPIS : Seorang ramaja Orang Asli meninggal dunia dan seorang cedera parah dalam kemalangan maut yang berlaku di KM 30, Jalan Lipis -Sungai Koyan berdekatan Kampung Sungai Ular, pada jam 8.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta dari Sungai Koyan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klinik Desa Kampung Bertang, Lipis.
“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal yang datang dari arah bertentangan di tunggang oleh dua orang remaja Orang Asli dipercayai adik-berdik terbabas dan terbalik di laluan kereta.
“Pemandu kereta itu tidak sempat membrek kenderaannya lalu terlanggar dan menyeret motosikal itu,” katanya.
Menurut Azli, akibat kemalangan tersebut, Norsarizad Nordin (19) meninggal dunia di tempat kejadian manakala Norzarisal Nordin (20) cedera di dada dan kepala telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis oleh ambulan untuk dirawat, manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Punca kejadian mendapati kemalangan berpunca dari penunggang motosikal gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
“Kes disiasat di bawah Sek. 41 (1) APJ 1987,” katanya.- SAHIH.