Atok maut, isteri cedera parah, 2 cucu cedera dalam kemalangan
Foto atas : Pemandu kereta Perodua Myvi itu, Zainallah Abdullah (gambar kecil) maut dalam kemalangan yang yang berlaku di KM4, Simpang Batu Embun, Jalan Jerantut- Kuala Tembeling, kira-kira 2.20 petang, semalam.
Atok maut, isteri cedera parah, 2 cucu cedera dalam kemalangan
JERANTUT : Pemandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku di KM4, Simpang Batu Embun, Jalan Jerantut- Kuala Tembeling, kira-kira 2.20 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Azman Mat Kamis berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan di tempat kejadian, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi itu, Zainallah Abdullah bersama tiga penumpang lain dari arah Jerantut menghala ke Pulau Mansok.
Katanya, setiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu telah keluar dari simpang ke arah kanan menghala ke Pulau Mansok telah dilanggar oleh lori jenis Volvo tanpa muatan yang datang bergerak lurus dari hala Pulau Mansok ke Kuala Tembeling.
“Akibat kemalangan ini, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang kereta itu mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di unit kecemasan Hospital Jerantut.
“Isterinya pemandu, Rapiah @ Ramlah Abdul Manah (71) yang duduk di bahagian hadapan penumpang mengalami cedera parah, manakala dua cucunya berusia 3 tahun dan 6 tahun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.
Katanya, siasatan di tempat kejadian telah dilakukan oleh pegawai bertugas dan saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah ( BSPTD) Jerantut.
“Pemandu lori tidak mengalmi kecederaan dan ujian saringan awal air kencing telah diambil dan didapati negatif. Kes disiasat di bawah Sek 41 (1) APJ 1987,” katanya. -SAHIH.