LRA Karak 2 siap sepenuhnya
LRA Karak 2 siap sepenuhnya
KUANTAN – Loji Rawatan Air (LRA) Karak 2 telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di kawasan Lanchang, Temerloh.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang menelan kos RM38.5 juta itu, termasuk pembinaan tangki perkhidmatan di Jambu Rias, memberi manfaat bekalan air lebih stabil.
Ia bukan sahaja membabitkan bekalan di kawasan agihan Karak, malah disalurkan ke beberapa kawasan sekitar pekan Lanchang sebagai bantuan liputan kawasan agihan.
“Bekalan sedia ada kawasan Lanchang daripada LRA Mempateh dan LRA Lubuk Kawah masih diteruskan dan kawasan agihan terimaan dapat dikecilkan melalui bantuan liputan agihan daripada LRA Karak 2.
“Justeru, kawasan-kawasan blackspot sebelum ini, telah dapat dipulihkan dan mula menerima bekalan air yang lebih stabil dan bertekanan tinggi melalui inisiatif ini,” katanya.- SAHIH