UMNO Jerantut bantu kempen di Kemasul
UMNO Jerantut bantu kempen di Kemasul
BENTONG – Hari keempat kempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Pelangai menyaksikan jentera UMNO Bahagian Jerantut makin rancak turun padang bertemu pengundi.
Tumpuan mereka di kawasan sekitar FELDA Kemasul yang juga kawasan angkat UMNO Bahagian itu.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Abdul Razak Daud berkata, antara program turun padang dilaksanakan pihaknya adalah ziarah kasih bersama Jaringan Rakyat (JR) Wanita UMNO.
“Kita juga akan menganjurkan mini karnival sukan rakyat pada esok di FELDA Kemasul.
“Pada hari Khamis malam Jumaat pula, program Malam Cinta Rasul akan diadakan di situ,” katanya.
Selain dibantu JR UMNO Bahagian, aktiviti kemasyarakatan di FELDA Kemasul dibantu jentera Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian.- SAHIH