Pemenang jackpot loteri, warga emas terkejut dengan kekecewaan kejam
Pemenang jackpot loteri, warga emas terkejut dengan kekecewaan kejam
Kuala Lumpur – Seorang warga emas dari Malaysia pada mulanya menyangka dia telah memenangi Jackpot loteri sebanyak RM2,000,000, tetapi kemudian dia diberitahu tentang suatu “kesilapan” apabila dia pergi menuntut hadiah lumayannya.
Seorang penjual ikan berumur 73 tahun, Tan Kim Seng, sentiasa membeli loteri sebagai hobi, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Nasib bertuah akhirnya mencurahi hidupnya apabila dia menyedari bahawa dia telah memenangi Jackpot yang sangat diidamkan berjumlah RM2 juta semasa dia membaca surat khabar bulan lepas.
Menurut isteri Encik Tan, dia tidak mampu tidur pada malam sebelumnya, kerana dia teruja dengan hakikat bahawa dia kini telah bergelar jutawan. Apabila dia memikirkan tentang persaraan dan menjelajah dunia, dia tidak sedar bahawa takdir memainkan jenaka paling besar dalam hidupnya.
Apabila dia cuba menuntut ganjarannya, seorang pekerja memberitahu dia bahawa pemenang jackpot sebenar merupakan orang lain. Kemudian dia mendapati bahawa terdapat kesilapan dalam pencetakan oleh agensi surat khabar tersebut.
Daripada malam yang penuh dengan perasaan mendebarkan bertukar menjadi kesedaran yang sangat mengejutkan, berita yang diterima olehnya hanya boleh digambarkan sebagai suatu situasi yang menewaskan semangatnya.
Kekecewaan yang dirasakan terlalu sukar untuk diterima oleh Encik Tan, apabila saksi mendakwa bahawa dia keluar dari premis secara terkerjut dan terduduk di tepai jalan sambil mengurut dadanya.
Kemudian Encik Tan mendedahkan bahawa dia meminta anak saudaranya menyemak semula keputusan dalam talian, dan dia mendapati bahawa nombor daripada chitnya dan Jackpot memang berbeza.
Sumber : Berita Harian