Acara Cameron Highlands Ultra tarik peserta dari 36 negara
Foto atas : Peserta larian Cameron Highlands dilepaskan pagi semalam di Dataran Padang Cemeron Highlands pagi semalam.
Acara Cameron Highlands Ultra tarik peserta dari 36 negara
CAMERON HIGHLANDS : Penyertaan seramai 435 orang peserta luar negara daripada 36 negara menyertai acara Cameron Highlands Ultra bakal memberi kesan besar kepada kehadiran lebih ramai pelancong luar negara dan pengunjung tempatan ke bukit peranginan itu.
Selain itu, seramai 1,956 perserta tempatan turut menyertai acara tahunan edisi ke- 6 itu yang diadakan di Dataran Padang Cameron Highlands awal pagi tadi.
Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man telah menyempurnakan pelepasan peserta acara Cameron Ultra itu yang diadakan di Dataran Padang Cameron Highlands bermula jam 4.00 pagi tadi.
Katanya, peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus daripada edisi lalu.
“Acara Cameron Ultra ini merupakan acara utama yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang .
“Edisi yang ke-6 ini bakal memberi impak besar kepada industri pelancongan dan pemain dalam sektor ini, tertutamanya Cameron Highlands kerana berjaya menarik penyertaan yang besar,” katanya.
Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Lima kategori dipertandingkan iaitu acara junior berusia antara 12-17 tahun sejauh 4 kilometer, dan kategori terbuka bagi jarak 14km, 30km, 60km dan 100km.-SAHIH.