MESEJ TULAR KakNa PALSU – KKM
Berita Nasional
MESEJ TULAR KakNa PALSU – KKM
KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial, oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), malam tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh individu dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang wanita balik dari Sabah, sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan COVID-19 walaupun sudah dua kali negatif ujian calitan.
KKM menegaskan, dakwaan bahawa virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan selepas menyerang sistem pernafasan, adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti kongsi mesej berkenaan.
Sumber: BERNAMA