Perkhemahan pelajar pondok berakhir tragedi lemas
Perkhemahan pelajar pondok berakhir tragedi lemas
BENTONG : Perkhemahan seramai 15 orang pelajar dari Pondok Bustanul Ashrafiah, Tanjung Malim bertukar tragedi apabila seorang daripada kumpulan pelajar tersebut dikhuatiri lemas di air terjun, Chamang, dekat sini pada jam 9.58 pagi, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria melaporkan mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19 tahun yang sedang mandi dipercayai dihanyutkan air deras
“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan setiba di lokasi kejadian, anggiita bomba mula melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.
“Operasi diketuai , pegawai operasi, Badrul Hisham Saari bersama 14 anggota bomba, 8 polis dan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, “ katanya.
Katanya, perkhemahan pelajar pondok dijadualkan selama 4 hari dan akan berakhir pada 17 Jun.-SAHIH.