Artis mana hamilkan anak orang?
Artis mana hamilkan anak orang?
Kuala Lumpur: Seorang wanita mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.
Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan ‘terkontang-kanting’ oleh artis terbabit.
“Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya,” tulisnya.
Menurut wanita itu, dia cuba menghubungi ibu bapa artis itu, tetapi mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.
Tidak hanya itu, wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualan dalam WhatsApp di antara ibunya dengan ibu artis itu, namun dibalas dengan kata-kata yang dilihat seperti ingin melepaskan tangan.
Antaranya ialah ibu artis terbabit meminta ibu wanita itu berlapang dada walaupun anaknya didakwa hamilkan wanita itu.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen menyarankan wanita itu menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut haknya.
Namun, dia tidak dapat berbuat demikian berikutan kos guaman yang agak tinggi.
Difahamkan, artis lelaki terbabit sebelum ini kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat penjelasan mengenainya.
Sumber: Harian Metro